Wednesday 21 September 2011

Mat Rempit or Mat Motor ??

Niat time beli motor nie untuk bawak pergi keje , tp skrng ak makin tertebak ke arah mat2 rempit pulak....
kenape ye boleh berubah , buat masa nie motor ak masih dlm keadaan std lagi , tp berniat nk modi...
Ya Allah kuatkan lah iman hambamu ini...
kawan2 lak semua mat rempit , tp ak masih lagi terselamat...
fuhhh~~~

MassiVe 2011 (Sepang) Rase macam nak pergi lak....

X TADE MEMBER LAH NK G EVENT NIE , SANGT MEMBORINGKAN....
X KN NK PERGI SORANG LAK...
DAH SETAHUN X KE CLUB NIE , TERASE RINDUNYE....
HOP BEE JOIN LAH :))

Tuesday 12 April 2011

Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid

Seorang pemuda bangun awl pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS"

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat....'

Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .

Saturday 2 April 2011

Rindu nak main sk8...

Hanye tinggal kenangan  :(
 Dulu ade je geng nak main sk8 , now sorang pon dh xde nak main sk8 . semua bz dngn hal masing-masing.
 Now aku dh bukak semua brng sk8 ak untuk jd barang antik kt stor rumah ak  :(



Rindu rindu rindu rindu....

Wednesday 30 March 2011

( FAKE & FACT )

Ibarat Balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (Gay dan Lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi, keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba yang lain, penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain.
Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud dalam peta dunia. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

Masa berlalu sehinggalah tahun 1594, sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam didalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan dikawasan itu.
Pada 1631,gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa sahaja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun yang tertanam dikawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah terkubur dibawah tanah ditemui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang mengerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan secara tidak langsung turut menyimpan wajah sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks diluar tabii bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan expresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.
Sejarah Kota Pompeii
  • Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.
  • Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.
  • Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.
  • Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.
  • Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan dikota berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu sepi selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.
  • Tiada seorang pun penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu menenggelam serta melenyapkan Pompeii dari sejarah beradapan dunia malah menukarkan penduduknya seolah- olah menjadi patung batu.

SEBELUM terciptanya kapal terbang, tiada siapa menyangka ada suatu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru. Selama ribuan tahun, misteri itu terus menjadi rahsia yang tidak disedari sesiapa sehinggalah zaman berubah melewati masa dan kemajuan teknologi apabila pesawat mula dicipta. Ketika itu tatkala sebuah pesawat komersial terbang tinggi melintasi gurun berkenaan sekitar 1920-an, juruterbang dan penumpang tergamam melihat pelbagai objek aneh tertera di bumi Peru.
Di hadapan mata mereka, tertera pelbagai lukisan raksasa dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun.Lukisan yang amat besar sehingga mencapai ratusan meter panjang itu tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara, itupun dari lokasi yang amat tinggi. Sebaik melihat puluhan objek misteri berbentuk haiwan dan tumbuhan itu, juruterbang dan penumpang berasa hairan dan fikiran masing-masing dipenuhi pelbagai teka-teki.
Lukisan apakah ini? Siapa yang melakar lukisan yang amat besar ini dan apa tujuannya? Sejak bila ia dilukis dan bagaimana dengan bersaiz gergasi, manusia dapat melukis objek itu dengan tepat sehingga membentuk gambar haiwan dan tumbuhan? Sejak itu, penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca. Ratusan pesawat berterbangan di atas kawasan itu semata-mata mahu melihat dan mengkaji misteri kewujudan lukisan aneh berkenaan.
Kajian mendapati ada ratusan lukisan gergasi yang dihasilkan malah ia meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer. Antara objek gergasi yang tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri dan jasad makhluk aneh. Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu, penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300 tahun lalu iaitu antara 200 Sebelum Masihi (SM) hingga tahun 700. Akan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan itu atau lakaran objek aneh terbabit sudah dilukis pihak lain sebelum kewujudan penempatan purba berkenaan.
Proses pembinaannya adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek. Bagaimanapun, misteri yang paling membingungkan penyelidik dan ramai pihak adalah siapa yang melukis lukisan berkenaan dan apakah tujuannya?
Teori Lukisan Gurun Nazca
  • Lukisan aneh Nazca dibina oleh makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba. Dengan teknologi canggih makhluk asing itu, tidak mustahil mereka mampu melukis ratusan lukisan gergasi terbabit.Melewati masa, makhluk asing meninggalkan tapak pendaratan itu dan kawasan berkenaan dihuni kaum tertentu. Akan tetapi, disebabkan ia hanya dapat dilihat daripada udara, manusia yang menghuni kawasan itu tidak menyedari wujudnya lukisan gergasi berkenaan sehinggalah pesawat dicipta.
  • Lukisan gergasi itu dikatakan dibina sebagai upacara ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah dewa. Oleh itu terdapat lukisan berbentuk makhluk aneh menyerupai manusia. Pihak lain mengatakan dewa yang disembah penduduk purba berkenaan sebenarnya adalah makhluk asing.
  • Lukisan di Gurun Nazca itu berkaitan dengan misteri pembinaan piramid dan stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan kuasa tinggi di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena fata morgana.
  • Lukisan itu juga dibina sebagai kalendar astronomi sekali gus memperlihatkan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan lakaran itu sudah mengkaji ilmu kaji bintang sejak zaman purba.
  • Ahli arkeologi dan matematik Jerman, Maria Reiche percaya garisan pada lukisan mewakili arah pergerakan bintang dan planet tertentu manakala gambar labah-labah dan monyet menunjukkan kumpulan bintang Orion dan Ursa Mayor.
  • Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan itu, suatu ketika dulu. Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di gurun itu.
  • Satu lagi teori mengatakan penduduk yang menghasilkan lukisan itu sebenarnya sudah membina pesawat menyerupai belon udara panas walaupun ketika itu adalah zaman purba dan lukisan itu berupa tapak pendaratan. Bagaimanapun, sehingga kini, jawapan sebenar kepada tujuan penghasilan lukisan raksasa itu serta teka-teki mengenai siapa yang menghasilkannya, masih kekal menjadi misteri.
Fakta Lukisan Gergasi Nazca
  • Ada lebih 300 lukisan yang berselerak di kawasan seluas kira-kira 500 kilometer persegi.
  • Lukisan terbesar dilukis dengan saiz panjang 270 meter.
  • Terletak antara Pergunungan Andes dan Pantai Peru.
  • Doktor yang juga antropologis tempatan, Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara saintis pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927.


Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu.
Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain. Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.
Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian. Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.
Misteri Potret Monalisa
  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ia menjadi igauan penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.
Teori Mengenai Monalisa
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari! Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo.
  • Selain Mona Lisa, judul lain adalah La Gioconda.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.
  • Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa semakin lama semakin membimbangkan
    .